Kementerian Pendidikan diminta teruskan projek bina 10 SJKC baharu - Utusan Malaysia

Kementerian Pendidikan diminta teruskan projek bina 10 SJKC baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Majlis Perundingan Pendidikan Cina Malaysia memohon Kementerian Pendidikan meneruskan projek pembinaan 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baharu dan perpindahan enam SJKC seperti yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah itu bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dan perpindahan sekolah terbabit dapat dijalankan dengan peruntukan yang disediakan pihak kementerian sekaligus membolehkan hasrat masyarakat setempat terhadap pendidikan Cina dapat dipenuhi.

“Selaku Timbalan Presiden MCA, saya berharap Kementerian Pendidikan dapat memberi pertimbangan terhadap projek pembinaan 10 SJKC baharu di Johor dan Selangor serta perpindahan enam SJKC di beberapa negeri lain.

“Kita sedia bekerjasama untuk membantu kementerian dalam merealisasikan projek tersebut. Saya amat berbesar hati sekiranya menterinya, Dr. Maszlee Malik dapat mengadakan sesi perjumpaan untuk berbincang mengenai hal ini,” katanya menerusi siaran akhbar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN