PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan kawal selia ke atas jenama sardin dari China yang dilaporkan mengandungi cacing, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, tidak ada individu yang menjadi mangsa selepas termakan sardin berkenaan. “Tidak ada orang yang menjadi mangsa. Cacing yang terdapat di dalam sardin itu sudah mati dan bukannya cacing hidup,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar pascakabinet Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad di…










