Kekalkan fungsi koperasi kredit - Utusan Malaysia

Kekalkan fungsi koperasi kredit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Jun – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menggesa agar kerajaan Pakatan Harapan tidak meminggirkan sumbangan koperasi kredit kepada kebajikan ahlinya di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kewujudan 591 buah koperasi kredit perlu dilestarikan kerana peranannya begitu signifikan dalam membantu penjawat awam memenuhi aspek sosial serta keperluan kewangan.

Beliau berkata, setakat ini lebih sejuta penjawat awam merupakan ahli bagi koperasi kredit dan mendapat banyak manfaat termasuk berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan dan mendapatkan pembiayaan mudah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dianggarkan kira-kira 1.2 juta orang penjawat awam dan pesara kerajaan menganggotai 591 koperasi kredit di pelbagai peringkat meraih manfaat terutama bagi memenuhi kebajikan mereka dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas bermesyuarat bersama wakil pengurusan tertinggi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di Wisma Ungku Aziz, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini