BAU raja segala buah itu menusuk hidung sesiapa sahaja yang memasuki rumah Nurliza Barhan yang terletak di Seksyen 29, Shah Alam, Selangor. Ini kerana wanita berusia 32 tahun itu sedang mengacau isi durian di dalam kuali berwarna perak untuk dibuat kek batik. Sambil sebelah tangannya memegang kuali dengan sarung tangan tebal, manakala sebelah lagi memegang sudip besi, Nurliza berkata, isi durian itu perlu dikacau dengan berhati-hati supaya ia tidak bergumpal. Malah, api dapur pula perlu dipasang sederhana bagi memastikan isi durian yang dicampur dengan telur dan sedikit tepung itu tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya