Kedutaan Malaysia pantau operasi Danau Toba jika babitkan rakyat Malaysia - Utusan Malaysia

Kedutaan Malaysia pantau operasi Danau Toba jika babitkan rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat bagi mencari mangsa kapal penumpang yang karam yang dipercayai membawa lebih 100 penumpang di perairan Danau Toba, Sumatera Utara sejak Isnin lepas.

Menurut laporan, setakat ini empat mayat wanita ditemui lemas manakala seramai 19 penumpang telah ditemui selamat.

Berdasarkan laporan media Indonesia, terdapat pelbagai versi berhubung jumlah penumpang yang hilang akibat kejadian itu yang dipercayai berkemungkinan melebihi 100 orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut jurucakap polis Daerah Sumatera Utara yang dipetik agensi berita Antara, berdasarkan keterangan dan maklumat daripada aduan keluarga mangsa, kapal kayu KM Sinar Bangun itu berkemungkinan membawa seramai 189 penumpang.

“Belum terdapat data lengkap berhubung jumlah mangsa yang hilang,” kata jurucakap itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini