MELAKA 7 Jun – Kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini didakwa mengalami banyak kerosakan selepas bangunan itu dibuka untuk lawatan orang ramai sejak beberapa minggu lalu. Antara kerosakan yang dikesan termasuk tandas-tandas yang terpaksa ditutup kerana tersumbat, suis lampu dan kipas yang rosak selain perkakas yang patah serta rosak. Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamaruddin Sidek yang mendedahkan kerosakan-kerosakan tersebut berkata, perkara sebegini tidak boleh dibiarkan…










