JERLUN 12 Jun – Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin isu pelantikan speaker di negeri ini dapat diselesaikan sebelum atau pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan 4 Julai depan sekali gus mengelak pilihan raya negeri (PRN) yang bakal menelan kos tinggi. Menteri Besar Kedah itu berkata, ketika ini perbincangan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang terdiri daripada wakil rakyat Pas dan Barisan Nasional (BN) sedang berlangsung…










