PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah lebih baik jika tidak ada kapal perang ditempatkan di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra di sini hari ini, Perdana Menteri berkata kehadiran kapal perang di perairan Malaysia membawa situasi yang ‘tidak sihat’. Menjawab soalan mengenai keputusan beliau melarang sebarang kapal perang asing ditempatkan di Laut China Selatan dan Selat Melaka,…










