Kanak-kanak sembilan tahun maut terjatuh jet ski - Utusan Malaysia

Kanak-kanak sembilan tahun maut terjatuh jet ski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua buah jet ski yang dinaikinya bersama seorang budak pantai atau beach boy di pantai Batu Feringghi, belakang Hotel Hard Rock di sini petang semalam.

Mangsa, Jordan Phang Wen Jie disahkan mati selepas dilaporkan terjatuh ke dalam laut kira-kira pukul 7.30 malam.

Insiden itu berlaku apabila jet ski yang dinaikinya hilang kawalan dipercayai akibat angin kuat lalu melanggar dan bergesel dengan jet ski yang dipandu ibu mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Superintendan Anuar Omar berkata, mangsa kemudiannya dibawa oleh ahli keluarga ke pesisiran pantai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan mati oleh pihak hospital yang hadir ke lokasi kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini