KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila ditikam sebanyak 30 kali oleh bapa saudaranya dalam kejadian di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kejadian pada pukul 9 malam itu berlaku apabila suspek berusia 21 tahun tersebut datang ke rumah mangsa kononnya untuk melawat ahli keluarganya. Katanya, suspek dibenarkan masuk…










