SEBERANG PERAI – Lima kanak-kanak lelaki berusia antara 10 hingga 12 tahun yang sedang leka bermain basikal lajak dalam keadaan berbahaya di Jalan Tok Elong, Bukit Mertajam di sini ditahan polis semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 5.45 petang oleh sepasukan anggota polis selepas pihaknya menerima aduan orang awam. Menurutnya, kanak-kanak terbabit bersama basikal mereka…










