Isu penggunaan kanak-kanak sebagai anggota tentera merupakan masalah sejagat yang tidak menampakkan sebarang penyelesaian malah banyak kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan masalah itu semakin parah. Difahamkan berpuluh-puluh ribu kanak-kanak di seluruh dunia kini meletakkan diri mereka dalam bahaya dan usaha dunia untuk memperjuangkan nasib kanak-kanak itu menghadapi kekangan kewangan. Pada 2015, kurang daripada satu peratus bantuan antarabangsa yang berjumlah AS$174 bilion (RM692.6 bilion) digunakan untuk…










