NEW DELHI 25 Jun – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dinobatkan sebagai ‘grandmaster’ dalam pertandingan catur kedua paling muda di dunia. Rameshbabu Praggnanandhaa yang merupakan anak kepada seorang pekerja bank dari bandar Chennai memperoleh kemenangan besar dalam pertandingan catur yang berlangsung di Itali pada minggu lalu. Bapanya memaklumkan bahawa anak lelakinya itu akan berlatih bermain catur selama enam jam sehari dan sering menonton pertandingan lepas secara dalam talian. Katanya, anaknya itu mula menunjukkan minat bermain catur ketika seawal usia empat tahun. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya