JOHOR BAHRU 5 Jun – Jika diberi pilihan, tiada sesiapa yang ingin menjadi pengemis dan gelandangan yang tidak punya tempat berteduh. Namun, nasib setiap insan berbeza dan kadang-kala keadaan semasa yang terdesak menjadikan mereka seorang pengemis ataupun gelandangan. Menyedari hakikat itu, sekumpulan komuniti yang menggelarkan kumpulan mereka #KamiPedulik tampil untuk meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan ini. Kumpulan yang terdiri daripada 20 individu berusia antara 20 hingga 38 tahun itu…










