SHAH ALAM 7 Jun – Kakitangan awam di Sabah akan menerima bonus raya RM500 yang akan dibayar secepat mungkin. MOHD. SHAFIE Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, bayaran bonus itu dibuat bagi membantu meringankan beban masyarakat. “Kita sudah putuskan dan ia akan dibayar sebaik sahaja Kementerian Kewangan Sabah luluskan,” katanya, di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE










