KUALA LUMPUR 6 Jun – Keputusan kerajaan untuk mengkaji semula cadangan pautan dagangan antara Bursa Malaysia dan Bursa Singapura (SGX) telah menyebabkan penganalisis berada dalam keadaan terawang-awang kerana hanya sedikit butiran diberikan setakat ini. Ketua Penyelidikan InterPacific Securities, Pong Teng Siew berkata, kajian semula pautan Bursa Malaysia-SGX boleh melibatkan sama ada sifat atau struktur pautan dagangan atau penghapusan pautan, yang beliau percaya tidak mungkin. “Pautan perdagangan itu bertujuan untuk menggalak…










