Kaji semula dasar monopoli - PM - Utusan Malaysia

Kaji semula dasar monopoli – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Jun – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra hari ini turut mengumumkan beberapa lagi perkara penting antaranya;

1) Malaysia menyokong dasar tiada kapal perang yang ditempatkan di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

2) Pemberian wang untuk dapatkan sokongan rakyat adalah satu bentuk rasuah dan perlu dihentikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

3) Penggunaan mesin untuk tingkatkan produktiviti usahawan luar bandar selain pengajaran menerusi online serta mempermudahkan jualan online.

4) Pelonggaran syarat-syarat pinjaman bank serta mempermudahkan golongan muda untuk memulakan perniagaan dan pembelian rumah.

5) Mengkaji pautan antara bursa saham di Malaysia dan Singapura.

6) Mengkaji semula dasar monopoli termasuk sama ada memansuhkan, memperluas atau mengehadkannya.

7) Tan Sri Amrin Buang dilantik mengetuai Jawatankuasa Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan. Jawatankuasa itu akan melaksanakan peranan mereka bermula dengan Kementerian Pertahanan.

8) Mengkaji semula kurikulum pendidikan dari peringkat taska sehingga universiti termasuk melihat kurikulum negara-negara lain yang melibatkan pelajaran kesedaran sivik.

9) Sidang Parlimen yang bermula pada 16 Julai akan turut memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara.

10) Skim Kawalan Harga bagi musim perayaan akan dilaksanakan bermula 8 Jun hingga 22 Jun melibatkan 22 jenis barangan.

11) Kajian melibatkan ‘kanak-kanak pinggiran’ di flat kos rendah di beberapa tempat termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dilaksanakan Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga.

12) Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ke China untuk bertemu pihak-pihak berkaitan melibatkan kes Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER).

13) Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar akan mengkaji dengan teliti tindakan susulan kepada pihak bertanggungjawab bagi insiden pesawat MH17.

14) Kementerian Kesihatan akan mengkaji opsyen Skim Peduli Sihat Nasional termasuk memberi perlindungan takaful kepada golongan berpendapatan rendah.

15) Penyelarasan institut latihan kemahiran yang akan dibentangkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia dalam mengelakkan pembaziran dan memaksimumkan latihan.

16) Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) yang kini berada di bawah Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan dasar pengangkutan awam darat.

17) Badan-badan di bawah kementerian-kementerian akan diselaras untuk elakkan pertindihan.

18) Pemotongan elaun keraian sebanyak 10 peratus terhadap penjawat awam melibatkan pegawai skim JUSA A ke atas akan dilaksanakan berkuatkuasa Julai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini