KUALA LUMPUR 16 Jun – Laungan perang, jihad serta pelbagai aktiviti penguatkuasaan yang digerakkan pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan judi haram sebelum ini ibarat mencurah air ke daun keladi. Tidak keterlaluan kalau dikatakan usaha tersebut seperti tidak memberi apa-apa kesan kerana sindiket tersebut dikesan kembali beroperasi walaupun berjaya dibendung namun hanya untuk seketika sahaja. Sekejap buka, sekejap tutup. Persoalannya, apakah tahap keseriusan pihak berkuasa untuk membendung kegiatan tersebut tidak mencukupi…










