KUALA LUMPUR 12 Jun – Proton Holdings Bhd. (Proton) merekodkan peningkatan jualan sebanyak 2.3 peratus iaitu 4,091 buah pada Mei 2018 berbanding 3,999 buah dijual pada bulan sebelumnya meskipun terdapat sentimen pasaran yang tidak menentu pada bulan berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Abdul Rashid Musa (gambar) berkata, Saga dan Persona terus menjadi model popular Proton, menguasai jumlah jualan dan menyumbang 70 peratus daripada jumlah jualan pada Mei lalu. Katanya, prestasi jualan didorong oleh pengumuman cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar, ditambah dengan promosi ‘Kosong-kosong Proton’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya