EDAR. Warga Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Program itu diadakan sempena bulan Ramadan serta sambutan Nuzul al-Quran,
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Asisten Komisioner Md. Dalil Wahid turut turun padang bagi mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam di hadapan Masjid Al-Muqarrabin. Md. Dalil berkata, program itu diadakan bagi mengeratkan hubungan pasukan polis dengan masyarakat.










