PUTRAJAYA 11 Jun – Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman melakukan pemeriksaan di sebuah kediaman kuarters di Presint 10 dipercayai berkaitan dengan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kelihatan empat kenderaan polis dan satu van berada di hadapan kediaman terbabit bersama beberapa anggota polis berpakaian preman. Mereka dikatakan berada di lokasi terbabit sejak pukul 1.25 petang. Difahamkan melakukan pemeriksaan di rumah kosong yang dipercayai menyimpan beberapa barangan milik Najib. Menurut sumber, kediaman itu kali terakhir dihuni oleh Tan Sri Shukry Mohd. Salleh yang pernah berkhidmat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya