Jong-un adakan lawatan rasmi ke China - Utusan Malaysia

Jong-un adakan lawatan rasmi ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 19 Jun – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping hari ini bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira 10 minit selepas Jong-un tiba di Dewan Agung Rakyat di Dataran Tiananmen.

Ini merupakan pertemuan kali ketiga antara kedua-dua pemimpin dalam tempoh tiga bulan dan berlangsung seminggu selepas Jong-un bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Singapura.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang, lawatan dua hari Jong-un ke Beijing bertujuan untuk mengukuhkan komunikasi strategik antara kedua-dua negara.

Penganalisis berpendapat bahawa kunjungan Jong-un ke China adalah bagi membincangkan hasil pertemuannya dengan Trump bersama Jinping. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN