Jemaah ingkar syarat dihukum - Utusan Malaysia

Jemaah ingkar syarat dihukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 31 Mei – Jemaah umrah yang tinggal di Arab Saudi melebihi tempoh visa mereka akan didenda sebanyak 50,000 riyal (RM53,119) dan penjara enam bulan sebelum akan diusir pulang.

Saudi Gazette yang memetik kenyataan Lembaga Pengarah Umum Pasport (Jawazat) sebagai berkata, pihaknya menggesa semua jemaah umrah mematuhi jadual perjalanan mereka dan keluar dari Arab Saudi sebelum tamat tempoh visa masuk mereka.

Menurut Jawazat, mereka yang datang ke negara ini de­ngan visa umrah tidak dibenarkan keluar dari kawasan Mekah, Jeddah dan Madinah.

Malah Jawazat turut memberi amaran kepada rakyat dan penduduk Arab Saudi supaya tidak membawa, menggaji, melindu­ngi atau menyembunyi­kan me­reka yang memiliki visa umrah.

Pihak Berkuasa Umum bagi Statistik (GasStat) dalam yang dikeluarkan mereka kelmarin berkata, sebanyak 19,079,306 jemaah menunaikan umrah pada 2017.

Laporan statistik yang memetik data berdaftar Kementerian Haji dan Umrah berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 6,532,074 jemaah umrah datang dari luar negara.

Buletin statistik umrah GaStat bagi 2017 juga menunjukkan bahawa Ramadan dianggap sebagai musim paling banyak jemaah mengerjakan umrah ke­rana umat Islam Arab Saudi turut menunaikan ibadah terbabit pada tempoh tersebut atau bersamaan 53.6 peratus daripada jumlah keseluruhan jemaah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN