Mengambil keberkatan bulan Ramadan, jenama minyak sapi terkenal sejak lebih 25 tahun di Malaysia, Enrico’s turut meraikannya dengan mengadakan pelbagai aktiviti pada bulan mulia ini.
Menurut Pengurus Kanan Jenama dan Promosi Enrico’s, Syed Zainul Alhady, jenama itu bahkan menjadi penaja rasmi minyak sapi bagi program penyediaan bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak kira-kira 10 tahun lalu.
“Selain itu, sempena Ramadan juga, pihak kami menganjurkan program Jelajah Silaturahim Bersama Enrico’s di seluruh negara dengan menaja jamuan berbuka puasa termasuk kurma, minuman kopi dan teh serta memberikan sumbangan produk Enrico’s bagi masjid yang terpilih.
“Kami menjelajah antaranya ke masjid-masjid di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Menurutnya, minyak sapi itu juga sangat sesuai untuk penyediaan sajian-sajian yang lain seperti nasi beriani, nasi minyak selain biskut raya.
“Minyak sapi Enrico’s adalah jenis kristaline yang melalui peringkat pemprosesan yang lebih tinggi sekali gus memiliki lebih aroma dan rasa yang lebih lazat,” katanya.
Jelasnya, minyak sapi Enrico’s dihasilkan daripada susu lembu daripada baka yang terbaik di New Zealand. Lembu-lembu tenusu di negara itu hanya memakan rumput-rumpat segar sepanjang tahun.
“Susu yang dihasilkan adalah lebih khasiat berbanding lembu yang memakan campuran rumput kering dan dedak.
“Antara kebaikan susu lembu tenusu yang menghasilkan minyak sapi Enrico’s adalah kadar lemak dan kolestrol yang lebih rendah serta kandungan vitamin A dan E yang lebih tinggi.
“Ia juga mempunyai kadar antioksida yang lebih tinggi dan sangat baik untuk pertumbuhan otot selain mengandungi kadar asid lemak Omega dan mineral yang lebih tinggi. Minyak sapi itu turut memiliki pensijilan halal Malaysia,” katanya.
Produk ini boleh didapati di pasar-pasar raya dan pasar-pasar mini seluruh negara atau menerusi laman web Lazada, Shopee, 11Street dan enrico.com.my.











