JDT tumpaskan Pahang, kekal dahului carta Liga Super - Utusan Malaysia

JDT tumpaskan Pahang, kekal dahului carta Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Juara Liga Super empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menumpaskan Pahang 2-1 di Stadium Darul Makmur di sini malam ini, sekali gus mengukuhkan cengkaman untuk mendahului carta Liga Super dengan perbezaan 11 mata.

Tuan rumah cuba merobek pintu gol lawan pada minit ke-6 menerusi tandukan kencang Norshahrul Idlan Talaha yang menerima hantaran Matthew Thomas Davies, namun percubaannya itu tidak berhasil.

Skuad Harimau Selatan berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-32, apabila Fernando Andrez Marquez menanduk cantik ke gawang Pahang selepas menyambut hantaran Fernando Gaston yang mengambil sepakan percuma.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada babak kedua, skuad Tok Gajah menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan untuk mengekang kemaraan JDT. Kegigihan Pahang berbaloi apabila mereka berjaya meledakkan gol menerusi pemain import, Issey Farran Morgan Nakajima pada minit ke-84.

Namun, JDT bangkit untuk mendahului menerusi Gonzalo Gabriel Cabrera yang mengambil sepakan penalti pada minit ke-90 selepas penjaga gol Pahang, Mohd. Helmi Heliza Elias menjatuhkan Ahmad Hazwan Bakri dalam kotak penalti.

JDT kekal di kedudukan teratas dengan 38 mata selepas 15 perlawanan, diikuti Perak (27 mata), Pahang, Kedah dan Terengganu FC I (kesemua 24 mata). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini