JDT gah dipersada liga, ajar 'Tok Gajah' di laman sendiri - Utusan Malaysia

JDT gah dipersada liga, ajar ‘Tok Gajah’ di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BHARU – Pertemuan dua kuasa besar bola sepak dalam aksi Liga Super musim 2018 memihak kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila menang tipis 1-0 ke atas Pahang di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Larkin malam ini.

Babak pertama menyaksikan perlawanan seimbang apabila kedua-dua pasukan saling mengasak. Peluang JDT terhidang seawal minit ke-5 bagaimanapun cubaan pemain import JDT Fernando Marquez hanya mampu tersasar ke gawang lawan.

Serangan bertali arus JDT akhirnya membuahkan hasil apabila pemain JDT kelahiran Singapura, Hariss Harun bijak mencuri peluang hasil kelalaian pertahanan Tok Gajah sekali gus menyaksikan JDT berada di hadapan dengan pada minit ke-17.

Tersentak dengan jaringan itu, Pahang menggandakan asakan melalui kedua import prolifik mereka iaitu Issey Nakajima dan Mohamadou Sumareh bagaimanapun cubaan mereka digagalkan pertahanan JDT diketuai Farizal Marlias.

Babak kedua menyaksikan beberapa kontroversi apabila beberapa pemain Pahang termasuk Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Issey Nakajima dilayang dilayangkan kad kuning oleh Muhammad Nazmi Nasarudin.

Tok Gajah terus hilang punca apabila Muhammad Safuwan dilayangkan kad kuning kedua sekaligus diperintah keluar padang oleh pengadil selepas kekasaran yang dilakukan kepada pemain tengah JDT Gary Steven Robbart.

Kelemahan Pahang diambil peluang oleh JDT untuk menggandakan asakan bagaimanapun keputusan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN