Jawatankuasa kaji semula akta KDN ditubuhkan - Utusan Malaysia

Jawatankuasa kaji semula akta KDN ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meneliti semula tujuh akta di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaras dengan pengurusan keselamatan negara di bawah kepimpinan kerajaaan baharu Pakatan Harapan (PH). 

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan jawatankuasa itu telah diputuskan dalam mesyuarat pasca Kabinet minggu lepas dan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Menurutnya, pegawai undang-undang kementerian dan beberapa pihak termasuk dalam kalangan masyarakat sivil akan dilantik bagi meneliti semua aspek perundangan sebelum dibawa ke jemaah menteri dan Parlimen.

“Saya telah minta KSU bersama pegawai tertinggi untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa pertama. 

“Mesyuarat ini belum dapat dipastikan bila tetapi saya yakin mereka mungkin sudah menyusun perkara yang mahu dilakukan terutama berdasarkan maklum balas daripada beberapa pihak termasuk majlis peguam dan kumpulan yang selalu membangkitkan isu ini. 

“Apabila siap nanti, kita akan adakan sesi pertemuan dengan pihak berkepentingan bagi menjelaskan sama ada pindaan itu dianggap memadai dan sesuai sebelum dibawa ke parlimen untuk dibahaskan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN