KUALA LUMPUR – Sebuah jawatankuasa akan dibentuk minggu depan bagi meneliti berhubung peletakan jawatan tiga ahli Pengarah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), susulan dakwaan bahawa RM300 juta milik tabung itu disalahgunakan. Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa berkenaan bagi memutuskan sama ada menerima peletakan jawatan secara sukarela tiga ahli pengarah itu atau sebaliknya. “Saya akan mengadakan mesyuarat dan juga membentuk sebuah jawatankuasa seperti dijanjikan semasa sesi town hall untuk meneliti perkara itu. Kita akan umumkan hasilnya pada akhir minggu depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Persatuan Media Tamil…










