SAUDARA PENGARANG, TULISAN ringkas berantai yakni berbentuk gurauan (gurauan ektsrem) yang berlegar-legar dalam media sosial seperti aplikasi Whatsapp, Telegram, Facebook, Twitter, dan sebagainya, sangat melampaui batas.
Apa yang saya maksudkan dengan gurauan ekstrem ialah yang melampaui batas atau tidak menggambarkan sebarang manfaat kepada diri.
Tidakkah kita mengambil pengajaran dari apa yang telah agama kita ajarkan atau merasakan hak kita lebih utama dari ajaran agama-Nya?
Apa yang saya maksudkan melampaui batas ialah setiap tulisan ringkas yang disebarkan tersebut tidak layak dipersembahkan kerana ia tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat
Hanya kerana kebencian yang berputik dalam hati, maka segala perbuatan diri merentasi sempadan yang telah ditetapkan oleh agama yakni Islam. Hal ini menggambarkan kerendahan moral dan akhlak yang dipegang dan diamalkan oleh diri individu tersebut.
MUHAMMAD NUAIM BAHRON
Sarawak









