VOLGOGRAD 19 Jun – England memulakan kempen Piala Dunia dengan langkah kanan selepas menundukkan Tunisia 2-1 dalam aksi Kumpulan G di Arena Volgograd, sebentar tadi. England meraih jaringan pertama mereka menerusi penyerang utamanya, Harry Kane pada minit ke-11 hasil rembatan susulan dari jarak dekat selepas tandukan John Stones terkena palang. Skuad Three Lions terus menggandakan asakan bagi terus menambah bilangan jaringan namun gagal memberikan sebarang hasil positif. Tunisia kemudiannya dihadiahkan…










