BATU PAHAT 10 Jun – Kerajaan diminta mempertimbangkan semula keputusan menukar fungsi Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO), di sini yang akan dijadikan Kolej Vokasional. Penaung Persatuan Alumni IPGKTHO, Dr. Hamzah Ihsan yang juga bekas Pengarah institut itu berkata, penukaran fungsi kepada Kolej Vokasional adalah tidak bertepatan dan tidak wajar. “Keputusan menukar IPGKTHO kepada Kolej Vokasional adalah tidak tepat, apatah lagi hasrat Menteri Pendidikan baharu yang mahu mengecilkan…










