KUALA LUMPUR 3 Jun – Pakatan Harapan diminta agar tidak memandang ringan terhadap kepercayaan diberikan rakyat kepada kerajaan baharu itu untuk mentadbir negara, dengan memberi justifikasi sambil lewa dalam semua keputusan diambil oleh mereka. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau terkejut apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad secara lewa menyatakan negara tidak akan untung sesen berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR) dan akan membayar…










