‘Jangan kacau duit beli Bale’ - Utusan Malaysia

‘Jangan kacau duit beli Bale’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dilaporkan tidak mahu majikannya mengganggu bajet sebanyak £200 juta (RM1.062 bi­lion) yang bakal digunakannya untuk menyambar khidmat pemain sayap Real Madrid, Gareth Bale.

Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward kini terdesak untuk mendapatkan sentuhan pemain kelahiran Wales itu sekali gus menjadikan Bale buruan utama United musim depan.

Bagaimanapun, Mourinho dikatakan menuntut Woodward mengintai dana tambahan bagi merealisasikan perpindahan Bale, 29, ke Old Trafford.

Ini kerana Mourinho tidak berminat untuk mencari mana-mana pemain lain dan beliau hanya memberikan fokus kepada Bale.

Mourinho terdesak untuk mendapatkan Bale selepas beliau sudah tidak berminat untuk berbincang mengenai perjanjian pemburuan Fred dan Sergek Milinkonvic-Savic.

Pemain tengah Shakhtar Donetsk, Fred, 25, berkata, dia mahu me­nunggu sehingga selepas aksi Piala Dunia 2018 di Rusia sebelum membuat keputusan.

Namun, Mourinho memberikan amaran pemain Brazil tersebut harus menandatangani perjanjian atau United tidak akan meneruskan hasrat untuk menandatanganinya.

Jika Fred mengubah fikiran untuk menyertai United sebelum sepak mula Piala Dunia 2018, yuran perpindahan bernilai £35 juta (RM186 juta) akan direalisasikan dalam tempoh terdekat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN