TERLIBAT dalam kemalangan bukan satu pilihan yang kita semua inginkan tambahan pula dalam suasana Aidilfitri yang bakal disambut dalam masa beberapa hari lagi. Semua dalam kalangan kita pastinya ingin bersama-sama keluarga tersayang pada hari lebaran nanti dan meraikannya dalam suasana penuh gembira sambil bermaaf-maafan serta menikmati juadah hari raya. Dalam keghairahan menanti hari penuh bermakna buat umat Islam itu, sama-samalah kita menjaga diri masing-masing ketika berada di atas jalan raya…










