Jamal dahului undi pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Sungai Besar - Utusan Malaysia

Jamal dahului undi pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Sungai Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 23 Jun – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mendahului undian jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan parti itu di peringkat bahagian Sungai Besar, hari ini.

DATUK JAMAL MD. YUNOS
JAMAL

Jamal meninggalkan lapan pesaingnya dengan mendapat 152 undi daripada perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar yang bersidang di Sekin Hotel Sekinchan, di sini.

Sementara itu, calon lain, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendapat hanya mendapat 32 undi manakala Abdul Razak Mohamed Yusof (7 undi), Imbran Afham Armen (2 undi), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari (2 undi) dan Mohd. Shahar Abdullah (1 undi).

Manakala tiga lagi calon, iaitu Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan, Syed Rosli Syed Harman dan Khairul Azwan Harun tidak mendapat sebarang undi. 

Seramai 197 perwakilan menjalankan tanggungjawab masing-masing, bagaimanapun dalam pemilihan itu terdapat 1 undi rosak.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamal yang muncul dalam satu rakaman video berdurasi 22 saat mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang mengundi beliau.

“Satu langkah, satu petanda awal yang cukup baik untuk saya. Terima kasih, saya menang (undi) di Bahagian UMNO Sungai Besar,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE. 

Keputusan Pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Peringkat Bahagian Sungai Besar. 

1. Datuk Seri Jamal Md. Yunos – 152 undi. 

2. Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – 32 undi. 

3. Abdul Razak Mohamed Yusof – 7 undi. 

4. Imbran Afham Armen – 2 undi. 

5. Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari – 2 undi. 

6. Mohd. Shahar Abdullah – 1 undi.

7. Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan – 0 undi. 

8. Syed Rosli Syed Harman – 0 undi. 

9. Khairul Azwan Harun – 0 undi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN