KOTA KINABALU, 14 Jun (Bernama) — Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah sudah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuka semula Jalan Bersatu, Lintas dekat sini, berikutan aduan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran jalan berkenaan. Menterinya Datuk Peter Anthony berkata jalan sejauh kira-kira 1 kilometer itu merupakan laluan pintas dari Jalan Lintas ke Jalan Damai dan ia akan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. “Jalan itu ditutup sejak…










