SEREMBAN 8 Jun – Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias hari ini menawarkan diri bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan parti pada 30 Jun ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, tawaran itu dibuat kerana beliau menyanjung tinggi prinsip demokrasi dan menyedari betapa perlunya institusi UMNO dipertahankan demi kelangsungan perjuangan mempertahankan nasib agama, bangsa dan tanah air. Katanya, jika diberi mandat oleh ahli, beliau yakin dapat…










