KOTA KINABALU – Syarikat gedung fabrik terkenal, Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) cawangan Sabah meneruskan komitmen tanggunjawab sosial korporat (CSR) dengan menaja potongan diskaun sehingga 50 peratus bagi setiap item kelengkapan hari raya di gedung itu. Potongan eksklusif itu dinikmati 24 pelajar Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) yang kurang berkemampuan ketika membeli-belah di gedung tersebut hari ini. Pengarah Projek merangkap Pengurus Jakel cawangan Sabah, Muhammad Aizad Shamsuddin berkata, program kerjasama…










