Jakel sasar jualan tumbuh 10% - Utusan Malaysia

Jakel sasar jualan tumbuh 10%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) cawangan Sabah me­nyasarkan peningkatan hasil jualan sehingga 10 peratus sepanjang Ramadan ini.

Pengurusnya, Muhammad Aizad Shamsuddin berkata, berbanding tempoh yang sama tahun lalu, hasil jualannya ialah RM4 juta.

Menurut beliau, momentum tersebut mampu dicapai berikutan sentimen peningkatan kuasa beli pengguna untuk membeli-belah ekoran pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkua kuasa 1 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, pemansuhan GST dijangka memberi keuntungan berganda kepada pengguna berikutan pertambahan penurunan harga sebanyak enam peratus bagi setiap item dibeli di Jakel di sini.

“Sebelum ini, Jakel kekal de­ngan komitmen menyerap ke­semua cukai tersebut dan tidak dikenakan kepada pengguna.

“Kini, pelanggan berpeluang menikmati penurunan harga sifar GST dan diskaun sedia ada di gedung Jakel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengedarkan 600 kotak bubur lambuk di Jakel Silk House Kota Kinabalu di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan Jakel Sabah, Mohd. Amran Mohd Nor.

Muhammad Aizad berkata, cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada 1 September depan dijangka memberi kesan terhadap pusingan modal.

Bagaimanapun katanya, Jakel kekal dengan komitmen mengutamakan kuasa membeli pengguna, selain bersedia mengkaji keperluan mengekalkan harga berpatutan bagi setiap barangan ditawarkan di gedung itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini