KUALA TERENGGANU, 14 Jun (Bernama) – Sambutan Aidilfitri hendaklah dijadikan sebagai medan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan ukhuwah Islamiyah tanpa mengira latar belakang politik, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Katanya rakyat perlu membuka lembaran baru bagi membangunkan negeri Terengganu dengan membawa dasar mesra rakyat, politik yang melebarkan kasih sayang, ekonomi mampan dan kehidupan rakyat yang sejahtera. “Aidilfitri ertinya kita menyambut kemenangan melawan hawa nafsu dengan meninggalkan larangan Allah S.…










