Isu lantikan Peguam Negara akan diselesaikan ikut Perlembagaan - Utusan Malaysia

Isu lantikan Peguam Negara akan diselesaikan ikut Perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha menyelesaikan isu lantikan Peguam Negara yang baharu, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang enggan mengulas lanjut isu tersebut bagaimanapun memberi jaminan penyelesaian akan dibuat menurut Perlembagaan Persekutuan dan lunas undang-undang.

“Usaha sedang dijalankan mengenai masalah ini dan tidak ada manfaat untuk saya buat penjelasan sebelum usaha dijalankan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis PH Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pimpinan pakatan  itu.

Dr. Mahathir mengulas mengenai laporan beberapa portal berita yang antara lain menyebut Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menolak calon yang dicadangkan kerajaan pusat untuk dilantik sebagai Peguam Negara baharu menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN