KUALA LUMPUR 9 Jun – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini. Beliau yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO memberitahu, keputusan itu diambil kerana beliau bertekad bersama-sama pucuk kepemimpinan yang dipilih untuk terus memperkasakan parti selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Beliau berjanji sekiranya dipilih akan mendengar dan memastikan suara akar umbi diberi keutamaan…