Irwan Serigar bukan lagi Pengerusi Technology Depository Agency - Utusan Malaysia

Irwan Serigar bukan lagi Pengerusi Technology Depository Agency

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah bukan lagi Pengerusi Technology Depository Agency (TDA) berkuat kuasa 14 Mei lalu.

Dalam kenyataan hari ini, TDA berkata, ini berikutan beliau tidak lagi memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dari tarikh tersebut.

“Irwan dilantik sebagai Pengerusi TDA disebabkan beliau memegang jawatan tersebut,” katanya.

Ditubuhkan pada 2015 di bawah Kementerian Kewangan, TDA bertanggungjawab untuk mengurus, mentadbir dan memantau pelaksanaan aktiviti Program Kerjasama Industri (ICP).

Agensi tersebut menyasarkan untuk mewujudkan platform kerjasama dengan rakan industri untuk memaksimumkan potensi ICP sejajar dengan agenda pembangunan negara yang menumpukan kepada sektor strategik yang telah dikenal pasti. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN