Institusi negara perlu sifar rasuah - Utusan Malaysia

Institusi negara perlu sifar rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) menyusulkan tujuh syor kepada Majlis Penasihat Kerajaan untuk dilaksanakan dengan segera bagi melakukan pembaharuan dan penambahbaikan terhadap institusi di negara ini.

Ahli jawatankuasa itu yang juga Presiden Persatuan Hak Asasi Kebangsaan, Datuk S. Ambiga berkata, antara institusi berkenaan ialah Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, cadangan awal penambahbaikan agensi-agensi terbabit perlu dibuat agar isu nasional yang membelenggu negara seperti 1Malaysia Development Berhad tidak berulang lagi.

“Laporan holistik berkaitan cadangan reformasi ini yang mengandungi lebih banyak syor tentang pembaharuan kepada Majlis Penasihat Kerajaan akan dibentangkan pada 15 Julai ini. Laporan ini menekankan aspek integriti supaya agensi terbabit dilihat bebas rasuah sepenuhnya,” kata beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ambiga berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa itu bersama Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini