PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif khas raya kepada peneroka Felda dan Felcra, masing-masing berjumlah RM450 seorang.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemberian itu daripada peruntukan kerajaan berjumlah RM50 juta untuk Felda manakala peruntukan RM44 juta bagi Felcra pula adalah daripada keuntungan agensi itu.
“Pembayaran insentif ini juga akan diberi kepada semua peneroka termasuk bukan ahli Felda dan Felcra,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Bagi peneroka yang bukan merupakan ahli Felda dan Felcra, mereka akan mendapat RM100.
Jelasnya, bayaran insentif berkenaan akan disemak semula pada 2019 yang mana penerima bantuan sara hidup tidak lagi layak menerimanya. – Bernama











