Ingatkan pembeli, rupanya penyamun - Utusan Malaysia

Ingatkan pembeli, rupanya penyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Niat seorang  penjual kereta untuk berurusan dengan sepasang suami isteri berakhir dengan episod cemas apabila beliau disamun dan kemudiannya dilarikan hingga ke Kelantan, Selasa lalu.

Lebih mengejutkan suami isteri yang berlagak bagaikan pembeli itu rupa-rupanya antara perancang kes samun berkenaan selain dua lagi rakan mereka yang bertindak mengugut mangsa menggunakan senjata.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritenden Mohd. Zamri Mohd Rowi berkata, pasangan berkenaan yang berusia 28 dan 27 tahun itu telah ditahan polis dan didapati mempunyai rekod jenayah lampau serta pernah ditangkap sebelum ini membabitkan kes dadah.

Katanya, dalam kejadian di rumah suspek (suami isteri) di kampung Paya Rawa, pukul 4 petang, mereka kononnya cuba mengadakan rundingan dengan mangsa untuk membeli sebuah kereta terpakai jenis Perodua Myvi.

“Ketika mereka berdua sedang berunding itu tiba-tiba datang dua lelaki dengan memandu kereta jenis Nissan Grand Livina dan Proton Saga dengan memakai topeng menutup muka dan bersenjatakan pedang. Mereka turut mengacu objek menyerupai pistol ke arah mangsa sambil mengarahkannya menyerahkan wang “, katanya kepada media di sini hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN