KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melancarkan iklan raya yang akan menambat hati penonton sempena Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi.
![]() |
|
ROSLAN
|
Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman (gambar kecil) berkata, iklan-iklan seperti ini merupakan sebahagian daripada tradisi TNB untuk menyampaikan mesej bermakna bagi menyambut pelbagai perayaan agama dan budaya sepanjang tahun.
“Iklan tersebut memaparkan unsur-unsur positif seperti toleransi dan kebersamaan yang masih relevan walaupun terdapat perubahan gaya hidup masyarakat masa kini.
“Sama seperti iklan perayaan sebelum ini, antara mesej yang disampaikan menitikberatkan kepentingan toleransi, perpaduan, hormat menghormati serta kesabaran,” katanya selepas majlis berlangsung di Bangunan Art Printing Works, Bangsar, di sini semalam.












