Hampir dua dasawarsa sudah berlalu. Dua insan berkongsi hati ini terus mensyukuri nikmat kehidupan di atas muka bumi. Peristiwa masyhur kira-kira 20 tahun lalu yang menjadi epitome kemuliaan empati sesama manusia itu akan sentiasa diingati rakyat Malaysia. Biarpun kedua-duanya tidak lagi sering bersua, namun secebis hati Wan Mhd. Hafizam Wan Ismail, 42, yang ada pada Muhammad Afiq Iqmal Muhammad Zaini, 20, bagai sentiasa menyatukan kedua-duanya. Mudah disebut sebagai Hafizam dan…










