MOSCOW – Sungguhpun mendukung gelaran antara pasukan terbaik di dunia, Argentina hanya mampu seri 1-1 menentang Iceland dalam saingan perlawanan Piala Dunia bagi Kumpulan D di sini sebentar tadi. Pada perlawanan tersebut, Argentina terlebih dahulu membuka jaringan gol menerusi pemain Sergio Aguero pada minit 19 dan Iceland akhirnya mengikatnya melalui jaringan pada minit 23 melalui aksi Alfred Finnbogason. – Agensi










