ALOR SETAR 27 Jun – Menyedari takoyaki mendapat permintaan ramai terutama daripada golongan wanita mendorong seorang ibu tunggal menjalankan perniagaan snek makanan Jepun berbentuk bebola itu di medium Facebook di samping menawarkan perkhidmatan penghantaran sekitar bandar raya ini dan Jitra. Ibu kepada dua anak itu, Norshila Abhad berkata, dia mula menjalankan perniagaan takoyaki pada April 2015 selepas menyedari potensi snek makanan Jepun tersebut terutama sekali apabila ia masih belum menembusi…










